Wednesday, November 11, 2015

Hai

Harini gatal tangan nak bukak blog lama ni.
Ya Allah rindunya nak menaip

Monday, February 17, 2014

Salam Akhir

Assalamualaikum semua,

Saya ada pengumuman nak buat, dengar sini anak-anak (aiceceh)
Mungkin ini post terakhir saya diatas nama Agyrophobia.
Setelah berfikir, elok lah kalau saya menutup tirai untuk berhenti menulis dalam akaun blog Agyrophobia ni.

Antara sebabnya adalah :

-saya dah jarang menggunakan internet, apatah lagi membuka blog
-kesuntukan waktu bekerja yang mencemburui nukilan saya
-saya dah buka blog baru sebenarnya 2013 (tu cerita dia namanya) tapi saya simpan sebagai peribadi sahaja. Yang pandai mencari blog baru saya tu, tahniah la ya.

Kesimpulannya blog Agyrophobia ini dimulakan hanya atas dasar suka-suka dan berlarutan kepada penulisan nukilan hati yang serius. Memang banyak kenangan yang ada pada blog ini, sejak dari bangku sekolah, tapi saya anggap ini hanya sekadar satu lagi langkah untuk saya bergerak ke depan. 

Jadi kepada anda yang pernah singgah dan baca nukilan saya (tak kira yang saya kenal atau tidak), saya ingin memohon maaf sekiranya ada di antara nukilan saya yang lalu ada menyinggung perasaan mana-mana pihak baik yang tersirat atau tersurat. Diharap anda sudi memaafkan hamba Allah yang kerdil ini ya.

Saya doakan kesejahteraan dan kebahagiaan berada di samping kalian semua, insyaallah.
Semoga berjumpa lagi, 

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Sunday, August 16, 2009

What is Agyrophobia?

Hmm..apa itu Agyrophobia?
Menurut sumber yang aku cari, Agyrophobia itu bermaksud fear of streets or crossing the streets. Kira kalau translate Melayu cakap takut kepada jalan dan takut untuk melintas jalan. Tak percaya tanyalah teman-teman yang pernah mengenali diri aku ni. Memang diorang akan faham situasi aku. Kadang-kadang aku mengambil masa hampir setengah jam untuk melintas jalan. Kenapa semua ini berlaku? Apakah? Bilakah? Bagaimana? Iye kerr..? Eh termasuk iklan bio-aura pulak. Haha sorry..aku cukup suka dengan iklan nenek manja tu.

Kisah tragik itu terjadi semasa aku berusia 11 tahun. Aku baru pulang dari sekolah agama dan dalam perjalanan ke pusat mengaji berhampiran rumah aku. Disebabkan malas nak tunggu turn mengaji, aku mengambil jalan pintas dengan tak pakai lampu trafik. Aku pakai lintas je jalan. Jadi dengan tak semena-mena aku terasa diri terapung dan terlambung di awangan. Bukak-bukak mata je hanya satu benda yang terlihat di hadapan mata aku iaitu tayar kereta. Betul-betul di hadapan kepala aku. Lalu pada masa yang sama aku terdengar jeritan suara seorang wanita. "Hey! Ada budak kena langgar tu!" Lantas aku bangun dan apa yang aku nampak hanyalah barang-barang aku yang bertabur-tabur macam dedak ayam.Haha aku pun dengan rasa tak ada perasaan pergi pungut balik buku-buku sekolah kat atas jalan raya tu. Bila dah bangun aku baru perasan kasut aku lagi sebelah tercampak ke seberang jalan tapi ade sorang pak cik ni tolong ambilkan. Aku pun sarung kasut aku. Dah nak belah ni, tapi pemandu kereta kancil yang berwarna hijau taik anjing tu masih duduk dalam kereta macam tak ada perasaan. Bila aku nak dah nak gerak baru la dia nak keluar dan tengok keadaan aku. "Meh saya hantar awak balik" Aku pulak reply "Takpe la cik rumah depan tu je saya jalan kaki je lah." Lalu orang itu pun naik kereta dia dan beransur pergi. Aku dengan muka tak bersalahnya pergi jalan kaki balik rumah. Tiba-tiba aku nampak mak aku tercongok depan lorong. "Ish..Mama nih macam tau-tau je ada something bad happen to me." Jadi,dalam perjalanan ke rumah aku terpaksa beritahu mak aku perkara sebenar. Lalu mak aku pun dengan muka panik terus bagitau abah aku yang kebetulan baru pulang dari kerja.Kemudian aku pun dilayan ibarat seorang Puteri Kayangan selama 2 hari. Haha best wo dapat makan McDonald lagi. Jadi itulah kisah Agyrophobia aku.

Pesanan : Gunakan lampu isyarat semasa melintas jalan